MADINAH: Seramai 1,755 jemaah haji negara telah tiba di sini menerusi enam penerbangan sejak Ahad hingga semalam dengan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin antara yang menyumbang kepada statistik tersebut.
Mohd Uzir ditemui media di sini selepas melakukan rutin hariannya iaitu berjalan kaki pada waktu pagi untuk kekal sihat, dengan kali ini berjalan lebih dua kilometer sekitar Masjid Nabawi usai solat subuh bersama isteri, Datin Seri Suhana Tahir.
Menurutnya, ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi menghadapi dugaan dan cabaran.
"Dalam keadaan cuaca panas di Tanah Suci ini, kekuatan mental dan fizikal amat penting. Saya lihat cubaan atau ujian ini, bukan lebih berat kepada kekuatan fizikal, ia perlukan kekuatan mental.
"Kalau kita lihat baru habis Ramadan, yang boleh buat 21 rakaat tarawih itu orang muda atau orang berumur?... kadang-kadang sebahagian besarnya orang yang berumur," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, setiap jemaah haji negara mempunyai peranan menjaga nama baik negara dan membantu Tabung Haji (TH) mengekalkan pengurusan haji yang terbaik.
Sementara itu, seorang guru Masturah Zainal, 44, melahirkan rasa syukur kerana impiannya untuk menunaikan haji hampir tercapai.
Katanya, beliau menabung sejak kecil bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.
"Masa itu saya tengok datuk dan nenek pergi haji... saya memang berhasrat sangat nak pergi haji. Jadi saya menabung guna duit raya, memang tak nak belanja, sanggup simpan," katanya.
Secara keseluruhan sebanyak 98 penerbangan membawa 31,600 bakal haji bertolak secara berperingkat sama ada ke Madinah atau Makkah, dengan penerbangan terakhir musim haji kali ini pada 21 Jun depan. - BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Seramai 1,755 jemaah haji negara telah tiba di sini menerusi enam penerbangan sejak Ahad hingga semalam dengan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin antara yang menyumbang kepada statistik tersebut. - Gambar BERNAMA
PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia
Satu pencapaian yang membanggakan dan luar biasa, kata Perdana Menteri sambil mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara.
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
Bertongkat akibat kanser tulang tidak luntur semangat guru tahfiz tunai haji
Azaha Ahmad hidap kanser tulang sejak berusia 25 tahun dan kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.
Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit
Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.
Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan 126 kali sehari sepanjang musim haji
Perkhidmatan berkelajuan tinggi Tren Ekspres Haramain akan membuat lebih dari 3,400 perjalanan di sepanjang laluan selama dua jam 20 minit.
Arab Saudi jadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji Palestin
Mudahkan waris para syuhada dan tahanan serta mereka yang mempunyai keluarga yang cedera di Palestin untuk menunaikan ibadah haji.
Ketua Perangkawan antara hampir 2,000 jemaah haji berada di Madinah
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin bersama isteri, Datin Seri Suhana Tahir kini berada di Madinah bersama jemaah lain.
Ibadah haji: Jemaah jangan terperdaya tawaran orang perseorangan, syarikat
Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak terperdaya dengan mana-mana tawaran daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mengerjakan ibadah haji terutama menjelang musim haji.
Tiada had usia, kuota haji kembali normal - Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.